1 Oktober 2011

Selamat Pengantin Baru Nabil Raja Lawak

Assalammualaikum...
Ha...semalam bersamaan dengan 30 september 2011, Nabil Raja Lawak dan pasangannya Nazirah telah sah menjadi suami isteri selepas diijabkabulkan dalam satu majlis akad nikah pada jumaat lepas di Masjid Tuanku Mizan.
Dengan dua kali lafaz,Nabil,seorang pelakon dan pelawak telah sah menjadi suami kepada seorang bekas pramugari AirAsia, Nazirah.Pengantin perempuan menerima mas kahwin RM300 dan wang hantaran sebanyak RM15,000.Layan gambar sekitar majlis akad nikah kedua mempelai dibawah dan semua gambar dikreditkan kepada OhBulan.
















    Nabil menerima 9 dulang hantaran daripada pihak perempuan berkonsepkan Red Rhapsody iaitu sebentuk cincin, coklat Godiva, sepasang kasut Tods, sebuah PlayStation 3, sebuah iPad, senaskah Al-Quran, tepak sirih, buah-buahan & kek fonding. 
 Manakala, Zira pula menerima sejumlah 7 dulang hantaran berkonsepkan White English Contemporary iaitu gabungan wang hantaran & sebentuk cincin, tepak sirih, sebuah Blackberry Playbook, kasut Stuart Weitzman, set wangian Laura Mercier, set alat solekan dan senaskah tafsir Al-Quran.


p/s : selamat pengantin baru buat Nabil dan Zira.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan